Chek up hari ni Ahad ni masuk 36 minggu.. fasa yang mendebarkan..
Check up hari ni, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak Buat Survey kepada ibu-ibu yang ada pada hari ni berkenaan penyusuan susu Ibu.
Alhamdulillah dapat jawab dengan baik.. maklumlah anak dah nak masuk 3 dan memang dah sangat bersedia mental dan fizikal untuk tempoh 2 tahun lagi menyusu anak yang ke 3 nanti. Nampaknya kempen penyusuan Susu Ibu makin disebar luas.. tapi sangat sedih melihat ibu-ibu yang memberi anak susu formula seawal dalam pantang.
Dapatlah ni sebagai cenderamata hasil menjawab survey tadi.
Abang Nu'man 2 tahun 18 hari.. masih menyusu
Perubahan yang ketara bila dah nak masuk 36 minggu ni adalah keletihan yang teramat.. Kalau boleh sepanjang masa rasa nak baring, relaks, rehat-rehat je.. Tapi manakan mungkin dengan kerja, dengan anak-anak, dengan mengurus rumah tangga lagi... huhuhu.. mujurlah suami memahami. Perubahan kedua yang kedua yang baru perasan adalah proses pengembangan yang berlaku buktinya cincin nikah yang memang longgar dan tak selalu pakai disebabkan asyik nak tertanggal je, bila try semalam tak boleh masuk dah... Maksudnya proses pengembangan tu banyaklah jugak berlaku.. tapi mungkin disebabkan jenis tinggi dan kurus... Proses itu tidak dapat di rasai hehehe
Fasa debaran tapi bahagia ini mahu dinikmati semanis-manisnya.. memang setiap detik indah untuk dikenang, bawak perut terboyot-boyot, susah tidur malam, jaga makan.. rasa janin yang bergerak.. aduh.. indahnya... hehehe Kena tunggu anak ke empat pulak kalau nak merasanya lagi..
Gentle birth, home birth, water birth, amani birth.. apapun saya ingin melahirkan zuriat ini secara fitrah yang telah Allah pandukan kepada kita ..Amiin..
No comments:
Post a Comment