Friday, 14 November 2014

37 minggu kehamilan..

Disebabkan keazaman nak gentle birth yang meninggi..
Persediaan mental dan fizikal memang di buat betul-betul...
Berkongsi serba sedikit persediaan dan amalan pemakanan yang dibuat.

Alhamdulillah kehamilan kali ni berjaya untuk tidak mengambil sebarang vitamin sintetik mahupun sebarang suntikan yang disyorkan oleh klinik kesihatan..

 Antara makanan tambahan yang menjadi rutin setiap hari adalah mimyak zaitun, jus delima, madu dan yang tiada dalam gambar adalah vco dan air kelapa muda


 Selain daripada tu za'afaran dan susu kambing turut saya amalkan walaupun tak berapa nak konsisten :)

 Part ni yang paling erk.. Jus bayam dan bawang putih bakar...
Jus bayam biasanya saya campurkan dengan roselle atau pisang atau apple hijau untuk cover rasa bayam yang erk...
Ubat homeopathy yang saya ambil start 37 minggu dan InshaAllah akan diteruskan dalam pantang


Kolam.. sebagai persediaan...



Dan gigih mengulangkaji segala ilmu yang dapat di dalam kelas persediaan yang telah di hadiri..


Sesudah exercise berjalan kaki sambil bawak anak-anak riadah..

Saturday, 1 November 2014

Yeah balik Kampung!!!!!

Suka balik kampung

Budak berdua ni memang suka betul balik kampung..
Almaklumlah rumah nenek dengan rumah maktok besar
Boleh lari-lari dan boleh menyepah sesuka hati.,,

Umminya pun actually suka balik kampung..
Suka duduk depan rumah nenek lama-lama..
Menghadap parit dan kenderaan lalu lalang
Yang paling best keliling rumah masih hijau
Masih banyak pokok

Rajin  update  ni sebab semua orang tengah layan bola huhuhu

Friday, 31 October 2014

Resepi Padprik Ayam



Malam tadi masak padprik ayam.
Teringin sangat nak makan.
Balik kerja petang semalam terus ke singgah Eon AU2 singgah beli sos tiram.

Ini resepinya..

Bawang putih 5 ulas
Bawang kecil 3 ulas
Bawang besar sebiji
Cili Hidup segenggan
Cili giling 3 sudu
Sos tiram 2 sudu
Kicap Manis 2 sudu
Sos tomato 2 sudu.

Isi ayam bahagian dada di potong kecil-kecil

Sayur pilihan di basuh dan di potong saiz sederhana. Sayur yang saya letak.
bunga kobis
brokoli
putik jagung,
Kacang buncis
Lobak merah
Cendawan Tiram
Peria Katak
Daun limau purut
Serai

Cara buatnya

Tumis bawang bersama cili giling masukkan cili hidup, masukkan isi ayam, kacau hingga daging ayam tersebut masak, masukkan sos tiram, sos tomato  dan kicap manis kacau dan masukkan sayur-sayuran kacau hingga  mesra semuanya dan bolehlah diangkat dan hidangkan..

Rasa agak-agak kurang masin atau manis bolehlah seimbangkan dengan di letakkan garam dan gula



Thursday, 30 October 2014

penyusuan susu ibu

Chek up hari ni Ahad ni masuk 36 minggu.. fasa yang mendebarkan..

Check up hari ni, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak Buat Survey kepada ibu-ibu yang ada pada hari ni berkenaan penyusuan susu Ibu.

Alhamdulillah dapat jawab dengan baik.. maklumlah anak dah nak masuk 3 dan memang dah sangat bersedia mental dan fizikal untuk tempoh 2 tahun lagi menyusu anak yang ke 3 nanti. Nampaknya kempen penyusuan Susu Ibu makin disebar luas.. tapi sangat sedih melihat ibu-ibu yang memberi anak susu formula seawal dalam pantang. 

Dapatlah ni sebagai cenderamata hasil menjawab survey tadi.

 Abang Nu'man 2 tahun 18 hari.. masih menyusu

Perubahan yang ketara bila dah nak masuk 36 minggu ni adalah keletihan yang teramat.. Kalau boleh sepanjang masa rasa nak baring, relaks, rehat-rehat je.. Tapi manakan mungkin dengan kerja, dengan anak-anak, dengan mengurus rumah tangga lagi... huhuhu.. mujurlah  suami memahami. Perubahan kedua yang kedua yang baru perasan adalah proses pengembangan yang berlaku buktinya cincin nikah yang memang longgar dan tak selalu pakai disebabkan asyik nak tertanggal je, bila try semalam tak boleh masuk dah... Maksudnya proses pengembangan tu banyaklah jugak berlaku.. tapi mungkin disebabkan jenis tinggi dan kurus... Proses itu tidak dapat di rasai hehehe

Fasa debaran tapi bahagia ini mahu dinikmati semanis-manisnya.. memang setiap detik indah untuk dikenang, bawak perut terboyot-boyot, susah tidur malam, jaga makan.. rasa janin yang bergerak.. aduh.. indahnya... hehehe Kena tunggu anak ke empat pulak kalau nak merasanya lagi..

Gentle birth, home birth, water birth, amani birth.. apapun saya ingin melahirkan zuriat ini secara fitrah yang telah Allah pandukan kepada kita ..Amiin..

Wednesday, 17 September 2014

Gulai tempoyak pucuk kayu.



Balik kampung sempena cuti Hari Malaysia.
Emak selalu request gulai tempoyak pucuk kayu ni.
Makanan orang Negeri Sembilan. 
Kalau di KL semua nak kena beli.. jadi malas nak memasak..

Disebabkan balik kampung semua ada.. masaklah jugak untuk emak..

Bahan-bahannya

pucuk ubi
pucuk bebuas
pucuk betik
pucuk mengkudu
pucuk kaduk
daun kunyit
3 papan petai

semangkuk kecil tempoyak
semangkuk besar santan pekat
cili padi (segenggam) kalau tak nak pedas sangat boleh kurangkan
kunyit hidup 1cm

*semua bahan-bahan boleh anggarkan sendiri ikut kesesuaian dan selera.

Cara masak
Semua pucuk-pucuk kayu yang dah ada tu di basuh bersih-bersih dan di hiris halus-halus
Tumbuk cili padi bersama dengan kunyit hidup kemudian gaulkan dengan tempoyak,,

Masukkan santan dalam periuk, kemudian masukkan semua pucuk kayu, tempoyak dan cili yang di tumbuk bersama kunyit tadi..

Didihkan di atas api dan pastikan api tak terlalu besar.. 

Perasakan dengan garam dan sedikit gula dan seimbangkan rasanya.

Sedap di makan bersama nasi panas-panas..

Wednesday, 5 February 2014

Ngeteh!!

Gambar ni dah lama sebenarnya..
Nublah 3 bulan
Nu'man pun 3 bulan..