Monday, 25 November 2013

Hamil Kali Anak ke 3 dan Pengalaman Keguguran

Kehamilan anak pertama dan kedua tak pernah tulis pun sebarang cerita..
Kisah kehamilan kali ke 3 ni mahu dinukilkan di sini sebagai ingatan..
Bahawa saya pernah hamil kali ke 3 walaupun hanya 9 minggu dalam kandungan

22 Oktober 2013
Pergi kerja macam biasa, tengahari tu ada Majlis Penyerahan Fasa Ke 2 Skim Mesra Usia Emas. Seramai 103 orang penerima akan datang ke PKM untuk terima pembayaran daripada pejabat Daerah Gombak.

Tak semena-mena rasa sejuk semacam, makin lama makin sejuk dan badan jadi semakin lemah, hingga tak mampu bangun. Minta tolong Alif staf di PKM tolong hantar ke klinik. Sampai di klinik doktor cek dan maklumkan demam dengan suhu terlalu tinggi.

Masa tu dah tak mampu nak berdiri.. terbaring dah di bangku klinik dan call suami minta tolong ambil bawak balik rumah. Doktor beri MC 2 hari..

Dalam perjalanan balik tu tergerak hati nak buat pregnancy test . Mintak suami berhenti di farmasi AA di Taman Permata beli pregnancy test.

Balik memang lepak dan tak mampu buat apa-apa. Tekak boleh terima air barli rebus je waktu..

23 Oktober 2013
Badan rasa ok sikit.. bangun subuh, siapkan bekal anak-anak ke nursery. Suami pergi kerja dan saya cuti rehat di rumah.
Tergerak nak buat upt. dan resultnya positif...Alhamdulillah gembiranya rasa..
Kali ni bertekad dgn suami tak nak beritahu orang. nak bersalin di rumah, nak makan sihat-sihat, tak nak makan ubat klinik..
Punyalah bersungguh-sungguh.. dah beli pati delima, beli badam, beli kurma, beli chia seeds, beli barli, beli madu...

17 November 2013
Hari ni hari Ahad. Bangun solat subuh hari Ahad tu tiba-tiba tengok ada darah..
Hati terfikir balik.. Eh betul ke tidak pregnant ni.. Makin lama makin banyak..
Saya ajak suami keluar dan beli pregnancy test sekali lagi..
Balik test sekali lagi.. 2 jalur lagi terang dari test yang pertama..
Tapi darah masih keluar banyak sangat..

18 November 2013
Bangun pagi nak solat subuh, darah keluar makin banyak..
Lepas siapkan anak-anak dan hantar ke Nursery, ajak suami ke klinik.
pergi poliklinik kotaraya di Melawati.. Doktor tak ada..
Pergi ke Klinik Idzham, kalau nak scan kena datang pukul 12 tengahari.
Pergi kohilal.. doktor on the way tak sampai-sampai..
Last-last pembantu klinik bagitau doktor lambat lagi..
Akhirnya saya ke poliklinik Zazali di Melawati jugak..
Berjumpa dengan doktor Zurina..
Doktor scan dah nampak kantung dan dah ada degup jantung..
MasyaAllah happynya rasa masa tu..
Rupanya itu adalah first and last saya scan..
Doktor beri ubat kuatkan rahim dan mc 2 hari..
So saya cuti dan rehat sahaja di rumah..

21 November 2013
Darah masih keluar seperti period.
Walaupun dah makan ubat kuatkan rahim..
Saya tak rasa sakit walaupun darah banyak keluar
Dalam pukul 2 pagi saya tersedar dari tidur
Terasa nak bersin
Dan saya bersin
Terasa sesuatu terkeluar
Saya terus ke bilik air..
Seketul darah keluar..
Dan saya merasakan saya keguguran..

Keesokkan harinya saya ke klinik Zazali semula dan Dr Zarina scan perut.
Kantung dah kosong.. tak ada rezeki doktor Zarina beritahu saya..
Alhamdulillah tidak perlu d&c..
Doktor beri antibiotik dan mc 3 hari..

Alhamdulillah badan beransur sihat..
Nampaknya Nu'man berum rezeki beradik lagi..



No comments:

Post a Comment