Thursday, 12 December 2013

2 malam 2 hari..Ijtimak Tarbawi Gombak

2 malam 2 hari,

Ummi, Nublah dan Nu'man tinggal bertiga..
Abi balik kampung ada kenduri aqiqah Nor Sorfina Nasuha..
Anak buah sebelah suami..

Cabaran untuk ummi nak menjaga budak 2 orang ni tanpa abi..
Tiba-tiba rasa rindu kat abi... kui kui kui..

 Abi balik kampung malam jumaat tu..
Ummi pergi meting lujnah kebajikan  di Pejabat ADUN Gombak Setia..
Balik malamt tu terpaksa minta tolong kak Masyitah Gombak Setia tolong hantar.
Balik je budak berdua ni mengantuk..
Nu'man mengempeng tidur..
Nublah hisap sebotol susu tidur..
Ummi Pun tidur...

Esoknya bangun pagi-pagi..
Solat subuh..
Siap ke dapur buat breakfast anakanda berdua..
Nu'man bangun, Nublah bangun..
Dua-dua menangis..
Ummi pun nak menangis..

Last-last mari masak bersama-sama di dapur..
Tunggang langgang jadinya..
Sempatlah jugak masak cucur labu
Untuk sarapan kami tiga beranak..

2 hari program Ijtima' tarbawi...
Alhamdulillah anak-anak Ummi memberikan kerjasama yang baik..
Nublah je yang susah sikit..
Banyak ragam.. merengek-rengek..
Sampai-sampai je bagi Ummi tahan sabar..
Tiba-tiba rasa panas di punggung..
Rupanya dah tumpahkan air teh secawan..
Habis air teh secawan..

Nublah ni jenis cepat boring
Jenis tak boleh fokus.
Lama-lama dia 
merengek-rengek minta perhatian.
Tantrum bermula...

Nu'man ok je.. kehulu kehilir
kedepan ke belakang..
Mengopes barang-barang orang..

Akhirnya berjaya juga mengharungi 2 hari 2 malam  tanpa abi..

Ini berdua.. kalau bertiga macamanalah agaknya..
Tapi mungkin masa tu Nublah dah faham bahasa kot..





Nu'man : Sedapnya key cin Cik Mar ni.. sampai putus di gigitnya





















Nublah : Minum air lagi sedap. Sampai basah-basah tudung...

 Ini jelah gambar Ijtimak yang sempat Ummi ambil.. huhuhu..
Duduk paling belakang.. sebab senang nak kejar anak-anak..




Monday, 2 December 2013

Hari ni saya masak pizza

Dah lama teringin nak cuba masak pizza di rumah..
Berapa banyak kali dah saya ambil resepi dari internet..
Akhirnya hari ni terhasil jugak pizza home made saya..
Gigih buat sebab nak makan..


 Budak ni happy sebab dapat makan pizza Ummi dia masak..

Dohnya 2 camca kecil mauripan, secubit garam, secubit gula, 4 cawan tepung gandum, 1/4 cawan minyak zaitun, air ikut mutu tepung..

Toppingnya saya tumis bawang holland cincang bersama bawang putih, masukkan daging cincang, letak mix herbs.

Hiasan.. lada bengala, buah nenas di potong kecil, cendawan, butang dan sosej
Paling penting mozarella cheese dan cheddar cheese kena banyak.. baru ummph!

Thursday, 28 November 2013

Sesekali makan luar..

Hari ni saya ada meeting..
So haruslah tak sempat memasak..
So dengan senang hati ajak suami makan luar..
Saya belanja satay.. yeay!
Sukala tu...
Nublah dan Nu'man dah tak jauh beza..
kedua-dua sukar di kalwal kalau bawa makan di luar..
Itu sebab suka masak dan makan di rumah je..







Wednesday, 27 November 2013

Masak Sherperd Pie

Hari ni try buat sherperd pie..
Berpandukan resepi yang di godek dari internet inilah hasilnya...
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
tada.................
 Pengcahayaan kurang menarik.. handphone nak mati bateri

Resepinya..
rebus kentang sampai empuk..
Lenyek..
Masukkan susu segar
Garam sikit..
Sebatikan dia..

Untuk intinya..
Tumis bawang holland dgn bawang putih (dihiris2)
masukkan daging hancur, italian mix herb, tomato  di potong2
dan sayur-sayuran yg dirasakan sesuai..

Tekan-tekankan kentang yang telah dilenyek tersebut didalam loyang..
sekatakan..
Letak inti
tutup dgn selebihnya kentang tersebut..
garis-gariskan atasnya dengan garfu,,
parutkan cheddar cheese..
Bakar
Siap...

Monday, 25 November 2013

Hamil Kali Anak ke 3 dan Pengalaman Keguguran

Kehamilan anak pertama dan kedua tak pernah tulis pun sebarang cerita..
Kisah kehamilan kali ke 3 ni mahu dinukilkan di sini sebagai ingatan..
Bahawa saya pernah hamil kali ke 3 walaupun hanya 9 minggu dalam kandungan

22 Oktober 2013
Pergi kerja macam biasa, tengahari tu ada Majlis Penyerahan Fasa Ke 2 Skim Mesra Usia Emas. Seramai 103 orang penerima akan datang ke PKM untuk terima pembayaran daripada pejabat Daerah Gombak.

Tak semena-mena rasa sejuk semacam, makin lama makin sejuk dan badan jadi semakin lemah, hingga tak mampu bangun. Minta tolong Alif staf di PKM tolong hantar ke klinik. Sampai di klinik doktor cek dan maklumkan demam dengan suhu terlalu tinggi.

Masa tu dah tak mampu nak berdiri.. terbaring dah di bangku klinik dan call suami minta tolong ambil bawak balik rumah. Doktor beri MC 2 hari..

Dalam perjalanan balik tu tergerak hati nak buat pregnancy test . Mintak suami berhenti di farmasi AA di Taman Permata beli pregnancy test.

Balik memang lepak dan tak mampu buat apa-apa. Tekak boleh terima air barli rebus je waktu..

23 Oktober 2013
Badan rasa ok sikit.. bangun subuh, siapkan bekal anak-anak ke nursery. Suami pergi kerja dan saya cuti rehat di rumah.
Tergerak nak buat upt. dan resultnya positif...Alhamdulillah gembiranya rasa..
Kali ni bertekad dgn suami tak nak beritahu orang. nak bersalin di rumah, nak makan sihat-sihat, tak nak makan ubat klinik..
Punyalah bersungguh-sungguh.. dah beli pati delima, beli badam, beli kurma, beli chia seeds, beli barli, beli madu...

17 November 2013
Hari ni hari Ahad. Bangun solat subuh hari Ahad tu tiba-tiba tengok ada darah..
Hati terfikir balik.. Eh betul ke tidak pregnant ni.. Makin lama makin banyak..
Saya ajak suami keluar dan beli pregnancy test sekali lagi..
Balik test sekali lagi.. 2 jalur lagi terang dari test yang pertama..
Tapi darah masih keluar banyak sangat..

18 November 2013
Bangun pagi nak solat subuh, darah keluar makin banyak..
Lepas siapkan anak-anak dan hantar ke Nursery, ajak suami ke klinik.
pergi poliklinik kotaraya di Melawati.. Doktor tak ada..
Pergi ke Klinik Idzham, kalau nak scan kena datang pukul 12 tengahari.
Pergi kohilal.. doktor on the way tak sampai-sampai..
Last-last pembantu klinik bagitau doktor lambat lagi..
Akhirnya saya ke poliklinik Zazali di Melawati jugak..
Berjumpa dengan doktor Zurina..
Doktor scan dah nampak kantung dan dah ada degup jantung..
MasyaAllah happynya rasa masa tu..
Rupanya itu adalah first and last saya scan..
Doktor beri ubat kuatkan rahim dan mc 2 hari..
So saya cuti dan rehat sahaja di rumah..

21 November 2013
Darah masih keluar seperti period.
Walaupun dah makan ubat kuatkan rahim..
Saya tak rasa sakit walaupun darah banyak keluar
Dalam pukul 2 pagi saya tersedar dari tidur
Terasa nak bersin
Dan saya bersin
Terasa sesuatu terkeluar
Saya terus ke bilik air..
Seketul darah keluar..
Dan saya merasakan saya keguguran..

Keesokkan harinya saya ke klinik Zazali semula dan Dr Zarina scan perut.
Kantung dah kosong.. tak ada rezeki doktor Zarina beritahu saya..
Alhamdulillah tidak perlu d&c..
Doktor beri antibiotik dan mc 3 hari..

Alhamdulillah badan beransur sihat..
Nampaknya Nu'man berum rezeki beradik lagi..



Saturday, 5 October 2013

Gambar family!

 Susah betul nak bergambar masing-masing..
Paling susah nak pastikan semua  pandang camera..
Ni jelah hasilnya setelah berkali-kali kamera di petik...









Thursday, 12 September 2013

Ummi dengki..

Kakak Nublah 2 tahun 2 bulan.. Ummi kuat dengki kakak..
Bila kena marah lama nak ok balik mood..
Nak kena pujuk baru ok..
Keras hati jugak si kakak ni..
Ikut perangai siapalah ye..


Sunday, 1 September 2013

Imam Muda Nu'man

Nu'man 10 bulan 20 hari. dah boleh menapak 2-3 langkah..
suka mask mulut segala benda..
Kena selalu perhati kalau-kalau benda yang bukan-bukan yang dia masuk mulut..
Yang ni mood tengah baik senanglah ummi snap gambar..
Ummi snap gambar banyak-banyak..







Monday, 24 June 2013

Lama Menyepi!

Assalamualaikum..
Orang nak ada blog, kamu pun nak ada blog.. orang rajin update kamu setahun sekali update.. aish...
Sibuk dan sibuk sahaja sejak dah ada anak 2, sungguh siapa yang bekerja dan ada anak-anak kecil semua mengakuinya.. tak payah nak diet bagai  memang akan kurus secara semulajadi disebabkan penat mengurus anak-anak dan rumah tangga. ibu bekerjayalah katakan... :)
Nublah dan Nu'man beza tak jauh sangat.. jadinya sekarang sama-sama melasak. Dalam proses membesar tak boleh nak buat apa.. biarkan sajelah, asalkan anak-anak umi bahagia...


Saturday, 13 April 2013

Rumah kami takdak air..

Hampir seminggu lembah kelang tiada air..
Kami turut merasa tempiasnya..
Taska dah warning siap-siap nak hantar anak pastikan dah mandi dulu..
Kemuncaknya.. taska tutup dua hari gelabah dibuatnya..
Terpaksa hantar Nu'man rumah jiran
Dan Nublah di bawa ke ofis..

Biasanya kalau 2-3 hari tak ada air rumah kami ok lagi
Air tangki masih boleh bertahan..
Masuk hari ke 5 air tangki pun habis...
Mana tempat nak pergi mandi..
Survey-survey di Kemensah..
Mahal benar di charge sekali masuk..
Rasa macam tak berbaloi..
Teringat empangan Klang Gate..
Suami call kawan dia Mail yang tinggal kat sana
Dia kata ok..
Kami pun bergegas ke sana..

Tak sangka best sangat tempatnya..
Tak ada orang yang pergi sangat..
Sebab dah jadi macam tempat private kat sini..
Orang-orang kampung warisan dah buat jadi tempat depa..




Friday, 4 January 2013

Budak botak















Umur saya 2 bulan 17 hari..
Ummi rajin sangat tangkap gambar saya